Thursday, August 16, 2012

Fuel Control Unit dari FSRTECH


Sudah berada dipasaran sejak tahun lepas, FCU dari FSRTECH mampu mengawal penggunaan petrol pada motor FZ anda.

FZ adalah motor cc berkapasiti bawah 250cc yang pertama yang menggunakan Fuel Injection. Fuel Injection tidak boleh ditune penggunaan minyaknya seperti sistem carburator, ia hanya boleh dilaraskan secara elektronic.

FCU ini dibangunkan oleh FSRTECH untuk membolehkan pengguna FZ untuk menyelaraskan penggunaan petrol mengikut modifikasi yang dilakukan.

Sebelum ini telah ada product dari UMA iatitu FIC (Fuel Injection Controller) tapi alat ini tidak stabil dan tak tahan lama (penulis dah beli 2, semua rosak).

Gambar di atas adalah sesi menguploadkan setting bagi FZ standard tanpa perlu dyno. Bagi FZ yang telah membuat modifikasi berkaitan enjin adalah digalakkan untuk mengdynokan jentera anda bagi mendapat setting yang paling optimum.

Tunggu apa lagi, sila ke www.fsrtech.com bagi penerangan lanjut. And boleh juga ke www.fz150i.co.nr untuk mentelaah maklumat FCU di situ.
Posted by Picasa